Memaparkan catatan dengan label racist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label racist. Papar semua catatan

Ahad, 7 Jun 2009

Jangan Jadi Tuhan

http://www.youtube.com/watch?v=GyCqHI2HqoU&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=Z4yWhvTmLHw&feature=channel (video penuh dah hilang - mungkin pasal video ni dah panas kat m2day - sampai IGP pun keluar komen)

**************************
terasa nak nangis bila tengok video ni. teringat zaman asrama penuh. lebih kurang sama. adakah senior masa tu dah tengok dulu video ni gua pun tak tahu.

ada yang kata "kau tak kena,boleh la kau bising-bising sini"

ada yang kata "cuba mak kau ke, kakak kau ke yang jadi mangsa, mesti kau pun akan pukul macam tu"

ada yang kata "takpelah, biarlah, yang kena pukul tu pun bukan melayu pun"

video ni asalnya di post di malaysia today. gua tampal kat sini supaya berkongsi kita sesama alai dan berhujah. sesama kita melihat diri dan merendah diri. kalau betul suspek/tertuduh buat salah, apa buat kita spesial boleh hentam macam tu. nampak macam si pemukul pun sama jahat lah macam si pesalah.

masanya untuk berlaku adil. jangan jadi tuhan. dah ada banyak tuhan sembahan manusia.

p/s : macam ni pun kecoh-kecoh nak selamat kan palestin hahahaha macam takde beza je hahahaha

Rabu, 10 Disember 2008

Hari Ini sepuluh haribulan

Hari ini 10hb.Tidak apa istimewa.Tidak ada sempena apa-apa blog ini dilancar pada 10hb.Ia cuma kebetulan aku takde buat apa-apa.

Ada apa dengan sepuluh ini.

Hari ini Hari Hak Asasi Manusia - 10hb disember.Tahun ini ulangtahun ke-60 Universal Declaration of Human Rights yang ditandatangan pada 1948 - yee betul di mana malaysia tidak turut serta.Tapi harini masih ramai yang hidup dalam takut.Takut dengan pecah rumah,ragut,mat rempit,takut road block,takut kaum lain,takut tak makan,takut-takut isap ganja.

Number sepuluh - 10 selalu dipakai star macam pele,zidane,maradona. Kalau team futsal alai siapa pakai number 10.Hahahaha kasi kat player yang main 10 minit dah pancit pun ok ape hahahaha

Tahun ini 10 tahun gerakan Reformasi.

Filem: 10 tahun sebelum merdeka wajib ditonton semua jenerasi internet.

Sepuluh(ten) ialah title debut album Pearl Jam.Ini saja album pearl jam yang gua dengar penuh.

apa lagi....sepuluh.

masa kecik dulu pernah nyanyi tak - Sepuluh Budak Hitam.

Kalau sekarang nyanyi lagu ni misti dah kena cop racist.Pencipta lagu ni tak dapat dikenalpasti. Kalau dia ini orang negeri sini,pastilah '10 budak itam' ni dituju pada kaum india. kalau lagu ni asal amerika,pastilah dituju pada negro.

Lagu teladan ni memberi gambaran budak itam yang nakal.Kalau ikut perangai budak itam ini mesti menyesal.Dalam lagu ni jumlah bilangan budak itam berkurang pasal budak-budak ni degil tak reti-reti.

Sekarang siapa buat lagu macam ni silap-silap kena Akta Hasutan.

ape lagi..sepuluh...sepuluh..pakai sepuluh hahahaha