Memaparkan catatan dengan label jilat bontot sampai berkilat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jilat bontot sampai berkilat. Papar semua catatan

Ahad, 7 Jun 2009

Jangan Jadi Tuhan

http://www.youtube.com/watch?v=GyCqHI2HqoU&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=Z4yWhvTmLHw&feature=channel (video penuh dah hilang - mungkin pasal video ni dah panas kat m2day - sampai IGP pun keluar komen)

**************************
terasa nak nangis bila tengok video ni. teringat zaman asrama penuh. lebih kurang sama. adakah senior masa tu dah tengok dulu video ni gua pun tak tahu.

ada yang kata "kau tak kena,boleh la kau bising-bising sini"

ada yang kata "cuba mak kau ke, kakak kau ke yang jadi mangsa, mesti kau pun akan pukul macam tu"

ada yang kata "takpelah, biarlah, yang kena pukul tu pun bukan melayu pun"

video ni asalnya di post di malaysia today. gua tampal kat sini supaya berkongsi kita sesama alai dan berhujah. sesama kita melihat diri dan merendah diri. kalau betul suspek/tertuduh buat salah, apa buat kita spesial boleh hentam macam tu. nampak macam si pemukul pun sama jahat lah macam si pesalah.

masanya untuk berlaku adil. jangan jadi tuhan. dah ada banyak tuhan sembahan manusia.

p/s : macam ni pun kecoh-kecoh nak selamat kan palestin hahahaha macam takde beza je hahahaha

Sabtu, 16 Mei 2009

menghormati 13 may

tapi hari ni 15 may? ialah lambat 2 hari je. internet down kot. biarlah janji feel itu ada lgi.

bila sudara/saudari membaca post ini. sila ingat 13 may.

one minute silence. bertafakur. hormat mereka yang terkorban angkara agenda perkauman ini.

dan sambil bertafakur tu, sila fikir kenapa mereka mati? apakah 13 may sekadar rusuhan antara 2 kaum?

sila cari dan baca buku 13 may oleh dr kua kia soong.

nanti anda akan faham.

justeru, janganlah terpengaruh dengan agenda perkauman. golongan burjois - kelas pertengahan kapitalis akan menggunakan agenda perkauman jika kepentingan ekonomi mereka ini tergugat. tiada sebenarnya perjuangan bangsa, agama semua. apa yang direbut ialah kuasa ekonomi. jadi, jangan mudah dimanipulasi.

selepas bertafakur, suka hatilah nak layan porn ke. bangbus ke. myspace ke ym ke hahahaha yang pergi takkan kembali hahahaha