Sabtu, 30 Mei 2009

Rabu, 20 Mei 2009

panasss lagi hottt

panassss..panass....cuaca semakin panas....ada 2-3 hari hujan kebelakangan ini....tapi panas berpanjangan...bila nak gerimis mengundang(dah macam zamani slam pulak) hahahaha

suhu di luar 32 darjah. makcik gua baru balik mekah kata sana pun lagi panas 35-38 darjah.

blog alai pun semakin panasss....diskusi hal perkauman semakin panasss....sepanas aleeza kassim dalam cerita panas.....

zuli semakin panassss....lepas keluar laptop baru...keluar pula handphone baru.....

zito semakin panassss....pegi klcc dengan 4 awek sekali...fuhhh panassss....terer mat lembut sorang ni....

tapai ada awek tapi pandai cover line...tak sepanasss savvy merah...

citer bagak dengan datin K dah sejuk..panassss kan semula...ape citer mat terjah....

panas-panas macam ni dapat pizza free atau ayam panas pun syioookkkk....fuhh statement panasss ni...

mono keluar album baru...panassss...hati...duit takde...

kadak dengan loko join noh hujan jadi 'buterhujanfingers'....panas stage...

mahu citer panas lagi?....download la lagu pisang panas salih yakcob hahahaa...

Sabtu, 16 Mei 2009

menghormati 13 may

tapi hari ni 15 may? ialah lambat 2 hari je. internet down kot. biarlah janji feel itu ada lgi.

bila sudara/saudari membaca post ini. sila ingat 13 may.

one minute silence. bertafakur. hormat mereka yang terkorban angkara agenda perkauman ini.

dan sambil bertafakur tu, sila fikir kenapa mereka mati? apakah 13 may sekadar rusuhan antara 2 kaum?

sila cari dan baca buku 13 may oleh dr kua kia soong.

nanti anda akan faham.

justeru, janganlah terpengaruh dengan agenda perkauman. golongan burjois - kelas pertengahan kapitalis akan menggunakan agenda perkauman jika kepentingan ekonomi mereka ini tergugat. tiada sebenarnya perjuangan bangsa, agama semua. apa yang direbut ialah kuasa ekonomi. jadi, jangan mudah dimanipulasi.

selepas bertafakur, suka hatilah nak layan porn ke. bangbus ke. myspace ke ym ke hahahaha yang pergi takkan kembali hahahaha

Hari Belia 2009 - untuk belia poyo sahaja

duuhhhh...hari ni 15 may. hari belia malaysia - 15 may setiap tahun. apekejadah ni hari belia? alumni alai fuck hari belia malaysia. sorang pun tak ambil pot. kalau ikut PBB, international youth day ialah pada 12 august. kat malaysia ialah pada 15 may.

baca sini - berita hari belia.

tema tahun ini ialah "belia berwawasan penggerak kejayaan" ??? berapa banyak tema la nak kasi pecah kepala ke. dulu ada belia benci dadah. belia rakan muda. belia sayang najib. beliaKu beliaMu. ada slogan "Tak Nak!" lagi. ape lancau ni semua.siapa pun tak nak amik pot laahhh...slogan ke tema ke semua tak laku. bungkus. gulung campak sungai klang dengan sungai gombak.

pegi sambut hari belia tapi ada rasmi-rasmi. siap ada tema. yang hadir ialah majlis belia malaysia,gpms,belia 4b,belia felda, persatuan pelajar islam.semua organisasi/persatuan ini adalah mat ampu. kaki bodek. belia skema. tukang kipas. carburetor dung meraikan golongan ini dengan menyanyi "jilat! mari menyanyi menjilat! jilat sampai berkilat!"

majlis rasmi-rasmi kena pakai baju batik. baca ikrar. akujanji semua. baju batik kasi free pun takde orang nak pakai. yang pakai baju batik ni semua golongan bodek. lepas tu ada ucapan bodek berjela-jela. mat belia bodek semangat tepuk tangan. habis rasmi mat belia bodek siap berebut nak cium tangan menteri.

ini memang rakan muda bodek. memang sampai berkilat habis. inilah budaya mat belia yang disanjung tinggi. pakai smart,berdasi setiap masa, seluar berseterika, baju polo jaur-jalur, pakai kemeja persatuan ada cop ayam la pangkat la.

itulah golongan belia terpuji yang bakal senang nak menambat hati ibu mertua. selain daripada golongan bodek ini, mereka akan dicaci , dihina, dimaki, dan digelar macam-macam, i.e. mat rempit, mat black metal, mat ganja, mat lembut.

ironinya yang dicaci, dimaki, dihina inilah semua golongan yang cool untuk orang muda. mat belia bodek itu semua adalah orang muda biologi tapi mentaliti tua.

orang muda yang cool inginkan pengalaman. mereka bereksperimen. mencuba sesuatu yang baru. mereka mahu enjoy dan fun. semua pengalaman penting untuk bernostalgia di hari tua.

pegi majlis najib boring. pegi gig baru cool. dengar ucapan abu shah boring. pegi dengar sajak pyanhabib (seorang YB di negara demokrasi) dengan sajak rahmat haron (dreadlock) baru cool. pakai seluar berseterika macam nak pegi meminang. pakai jeans koyak baru cool. pakai kemeja putih macam belia 4B. pakai t-shirt anti ISA baru cool.

pegi konsert baru cool. pegi merempit baru best. tengok wayang berdua baru syok. tak main la sibuk-sibuk nak cium tangan menteri. cium pipi awek dalam cinema hall la layan.

budaya belia bodek ini menyebabkan golongan muda lain menyampah untuk berorganisasi dan berpersatuan secara 'official'. sebab itu belia benci dadah tak laku. rakan muda tak terjual.

golongan muda berpayung di bawah indie movement. ada yang bergerak melalui merempit. mereka berasosiasi mengikut minat yang sama. tetapi, mereka ini juga bukanlah golongan rebel kerana ramai yang hanya mengikut arus. yang bagusnya, semua golongan ini menyampah dan menentang budaya bodek oleh mat belia.

walau bagaimanapun, gerakan/movement golongan muda ini begitu senang dimanipulasi dan dihentam. tengok mat rempit - dimanipulasi oleh parti politik umno. dimanipulasi oleh idea perkauman, i.e. pekida,pewaris,perkasa. tengok musician indie - dihentam dengan tuduhan dadah dan black metal.

golongan muda ini adalah golongan paling lemah dalam struktur kelas masyarakat. itulah sebabnya senang dihentam dan dibantai. mahasiswa pula dirantai dengan AUKU. akibatnya- ramai yang lemah telah putus asa menjadi golongan muda. mereka ini menjadi mat belia bodek yang bermentaliti tua dan menyambut hari belia setiap tahun di stadium. (setakat kibar-kibar bendera, patriotik sangat la tuh)

justeru, apa yang perlu dilakukan ialah bangkit dan lawan! biar dituduh keras kepala asal jangan jadi mat bodek. biar dituduh selekeh asal jangan jadi mat skema. biar dituduh kurang ajar asal jangan jadi mat ampu. jangan hanya mengikut arus.

lawan supaya gerakan orang muda kuat dan boleh memberi impak maksima (bukan cerita tv tu) dan suara yang boleh menggugat. sampai bila harus kita tungu? bila kah sampai waktu? bila golongan muda dan mahasiswa akan kuat seperti kejadian Paris 1968?

jawapanya ialah seperti kata zach de la rocha (rage against the machine) dalam lagu guerilla radio.

"theres no better place than here"
"theres no beter time than now"