Isnin, 10 Ogos 2009

SATU PENGAJARAN


sama dengan


gambar atas ialah pensyarah kesayangan zito dan penolong dekan kesayangan labi. apa persamaan dua gambar tersebut? persamaannya ialah dua-dua percaya pada Ketuanan - kalau budak-budak PPSMI cakap Supremacism.

tujuan posting ini bukan untuk kutuk/sumpah seranah mamat samad ni. juga bukan untuk 'berani cakap belakang' je. tujuan posting ini ialah supaya apa yang terjadi kepada saudara labi boleh dijadikan pengajaran.

mamat samad telah 'mengharamkan' bisnes saudara labi sebab dia jual barang kompeni bukan kompeni melayu. mamat samad juga telah membuat pengakuan terus terang yang dia adalah saorang rasis - maka dia tak bagi labi jual barang yang berasal dari kompeni bukan melayu/bumiputera.

BERHATI-HATI

hari ini kehidupan kita di sini dikelilingi budaya perkauman - budak PPSMI cakap racism. kita belajar pun di universiti satu kaum. tapi ingat, belajar di universiti satu kaum bukan bermakna kita juga percaya pada perkauman. belajar adalah hak asasi.

perkauman/racism di sini tidak menjadi satu kesalahan, malah ia masuk dalam Perlembagaan - maksudnya racism ini halal di sisi undang-undang.justuru, mamat samad dalam hal ini tidak bersalah di sisi undang-undang.

tapi kita harus waspada.

AMARAN

kita si sini dikelilingi ramai manusia berfikiran sempit seperti mamat samad ini. walaupun mamat ini lulus USA tapi gagal untuk melihat dunia dengan leih luas (mungkin mamat ini kena pukul dengan grup nazi kot kat sana haha)

kita juga dikelilingi media arus perdana seperti utusan,berita hairan,kosmo,buletin utama yang sentiasa menyebar bahan perkauman.

sila jaga diri. jangan terpengaruh dengan ajenda perkauman walau di mana anda berada. boeh baca paper,boleh tengok buletin utama. tapi waspada - sila jadi pandai.

hormat maamt samad ini sebagai orang tua dan penolong dekan. tapi benci mamat ini kerana perkauman. sudah sampai masa kita berfikir lebih luas dan mengamalkan politik matang. jangan melihat warna kulit lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan