Sabtu, 31 Januari 2009

Antara Gaza dan Kugan

sejak semingu dua ni gua asik-asik terbaca dalam paper mainstream ni, wakil-wakil persatuan mahasiswa/kelab pelajar/mpp/wakil rumah sukan post surat kpd paper ni semua yg memuji-muji sikap mahasiswa seluruh negra yg mengutuk israel dan membela palestine. gua naik muak lah bila siap ada gambar ahli-ahli tgh menderma sambil tersengih-sengih. bdo sial

ni artikel gua post kat berita hairan dgn melayau tapi sure tak publish punya..

Mahasiswa – Antara Gaza dan A.Kugan

Ketika artikel ini ditulis, Israel dan Hamas telah bersetuju untuk gencatan senjata di Gaza. Sepanjang 2-3 minggu yang lepas, kita dapat melihat banyak pihak turun berdemo membantah serangan Israel. Mahasiswa di Malaysia turut tidak ketinggalan.

Kita juga dapat melihat Menteri Pengajian Tinggi akan ‘melupakan’ sementara Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membenarkan mahasiswa seluruh negara pergi turun berdemo membantah Israel. Lalu hamper setiap hari kita dapat melihat setiap kampus IPTA menganjurkan demo. Demo ini untuk menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia adalah mahasiswa cemerlang yang mengambil berat dan bencikan keganasan.

Maka di sini kita semua dapat merumuskan bahawa majoriti mahasiswa Malaysia tidak bersetuju terhadap serangan ke atas Gaza.

Ketika artikel ini ditulis juga, mendiang A.Kugan baru saja selamat dikebumikan. Kugan mati dalam tahanan polis dan dipercayai didera ketika disoal-siasat. Nah! Kali ini tiada satu bunyi pun yang keluar dari mulut mahasiswa. Mahasiswa begitu lantang membantah tentera Israel menyerang Gaza, tetapi membisu apabila warga sendiri mati dalam tahanan polis.

Mari kita cuba teliti. Rata-rata mahasiswa yang pergi berdemo membantah Israel adalah mahasiswa melayu. Kebanyakan demo dianjurkan persatuan mahasiswa yang mempunyai perkataan ‘Islam’ dalam nama persatuan mereka. Mereka yang berdemo ini melaung-laungkan supaya membenci Yahudi dan berhenti menyerang Islam.

Dalam kes kematian saudara Kugan pula, mahasiswa yang sama tidak ambil peduli. Persamaan kes Kugan dengan apa yang berlaku di Gaza adalah kezaliman. Perbezaan yang ketara sudah tentulah agama si Kugan ini.

Adakah disebabkan saudara Kugan ini bukan seagama dengan kita maka kita tidak perlu ambil peduli? Jika inilah dia pemahaman ‘mahasiswa Islam’ tersebut, maka mereka semua adalah dinasihatkan supaya mengukur semula pemahaman Islam dalam diri mereka.

Kepada mahasiswa semua, sila faham dahulu sejarah persengketaan Israel dan Palestine. Ia bukan perang Yahudi-Islam. Ia adalah perjuangan nasionalisma rakyat Palestine menuntut tanah mereka yang dirampas oleh Israel. Di Palestine juga bukan semuanya beragama Islam. Ada juga warga yang beragama Kristian.

Memang betul untuk turun berdemo. Memang betul untuk membela saudara seagama. Tetapi kita perlulah memahami sepenuhnya isu tersebut. Barulah kita dapat berdemo dengan sepenuh hati.

Pepatah melayu ada menyebut, ‘raja adil,raja disembah. Raja zalim,raja disanggah.’ Apa yang perlu dilawan adalah kezaliman. Kezaliman dalam isu Gaza dibawa oleh rejim Zionis. Kezaliman dalam isu Kugan dibawa oleh watak polis.

Sekarang kita dapat memahami kebanyakan mahasiswa tersebut berdemo kerana mereka beranggapan yang diserang di Gaza adalah saudara seIslam mereka. Yang diserang adalah agama. Ini anggapan salah. Serangan tersebut adalah perampasan hak-hak tanah rakyat Palestine.

Mahasiswa semua perlu memahami hak-hak asasi manusia dan makna kezaliman. Kezaliman mencabuli hak-hak asasi kita sebagai warga. Kezaliman berlaku di mana-mana. Kezaliman bukan hanya wujud di Palestine. Kezaliman boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berkuasa, bukan hanya Firaun dan Namrud sahaja yang zalim.

Mahasiswa perlu melawan apa sahaja yang zalim. Tetapi awas dan waspada. Kezaliman ini kadangkala boleh dihalalkan. Kezaliman ini akan dihalalkan dengan pelbagai pembohongan dan tipu helah. Tipu helah ini lebih hebat daripada silap mata David Copperfield. Inilah yang kita sedang lihat dalam kes saudara Kugan. Rakyat sedang ‘disilap matakan’ oleh polis supaya tidak mempersoalkan kematian saudara Kugan.

Justeru, mahasiswa khususnya perlu menyambung kembali nilai kemanusiaan dalam diri mereka yang telah terputus-putus oleh kerana kegagalan mereka memahami Islam yang lebih luas.

Mahasiswa jangan hanya lantang untuk membantah rejim Zionis di Israel. Mereka ini berasa ‘selamat’ untuk membantah serangan Israel kerana tahu Israel adalah nun jauh di sana dan tidak akan menangkap mereka.

Mahasiswa juga perlu lantang membantah kezaliman di depan mata. Mahasiswa perlu membantah ISA. Perlu membantah tindakan pihak berkuasa merobohkan rumah setinggan. Membantah apabila pihak berkuasa menyalahguna kuasa. Semua kezaliman ini tidak ada bezanya dengan kezaliman oleh rejim Zionis. Pembawa wataknya sahaja yang berbeza.

Mahasiswa perlu berdemo bukan untuk Gaza sahaja. Mahasiswa perlu berdemo juga untuk rakyat sendiri. Bagaimana mahu menuntut sesuatu yang jauh untuk berubah sedangkan diri sendiri tidak jauh bezanya. Dan yang paling jelas lagi terang lagi bersuluh, berdemolah untuk diri sendiri, sama-samalah berdemo menuntut pemansuhan AUKU. (maj)

Rabu, 28 Januari 2009

Berita yaaaam seeeng

tahun ni tarak yamseng. palat betul.

nak yamseng duit tarak. dulu-dulu member belanja yamseng. sejak masuk universiti satu kaum kawan yamseng dah tak ramai.

amoi tionghua sama china doll semua balik kampung. palat betul.

nak yamseng awek tarak. dah jadi bini orang. nak yamseng dgn azlina redzuan lagi bikin kacau. takde number talipon.

nak yamseng bikin susah. warden jati anti yamseng. mat-mat belia 4B nanti repot kalau yamseng.

akhrinya gua yamseng dgn kucing dekat depan rumah. sambil layan mogwai kat youtube.

gua sudah jadi mangsa ketuanan. ketuanan berjaya mengurangkan kawan yamseng dan keghairahan yamseng. ketuanan haprak. selamat kucing gua bukan ahli ketuanan. (maj)

Jumaat, 23 Januari 2009

Berita Hipokrit - Jangan Benci Yahudi

ini adalah post susulan dari post tapai di bawah. gua tertarik dengan perenggan bawah terakhir sekali.

tadi gua tengok berita tv3-suku. pembaca berita adalah perempuan cun berambut 'blonde'. dengan muka sedih si blondie ni baca berita pasal keganasan di Gaza. tapi gua tak tahu apsal gua tak sedih sebab terpukau tgk si blondie berpura-pura nak jadi minah europe hahahaha

JANGAN BENCI YAHUDI - kepada yang hipokrit

kita selalu lihat orang melayu begitu sensitif pasal agama Islam. walaupun yang tak pernah shalat pun tapi mesti berkobar-kobar berapi marah kalau ada yang mempersoalkan Islam. Orang yg sama juga mungkin ingat kalau terkentut boleh terbatal puasa. maknanya agama yg dia sendiri anuti pun dia sendiri tak paham.

sebab itu kita tengok ramai yang beria-ia (ye-ye poyo) pergi demo/protes/boikot dalam isu Gaza. tapi dalam masa yg sama tidak paham hujung-pangkal krisis tersebut. lalu kita terdengarlah ramai yang bertanya kenapa negara-negara islam tidak bersatu menyerang kembali Israel. konflik palestine-israel bukan pasal agama.

betul. bagus mereka yg pergi demo itu. tapi mana muka yg sama bila dalam negara sendiri ada rumah kena roboh, rakyat kena tahan tanpa bicara, tahanan mati dalam lokap polis, pendatang mati kena hentam dgn rela, pendatang mati dalam pusat tahanan?

orang yang sama juga lah yg tidak suka ramai warga negara luar kerja di negara kita. orang yg sama jugalah menyokong ISA?

tolong faham dulu apa itu Yahudi. apa itu Zionis. apa itu Judaism. apa itu rasis. apa itu kapitalis. apa itu fasis. apa itu untung. apa itu zalim. apa itu ketuanan. bila paham semua rabak. terbarai burai kentut ramai-ramai. baru boleh demo dgn sepenuh hati.

jangan benci yahudi. jangan hipokrit. jangan diperbodohkan. 25 rasul selain nabi Muhammad saw dari bani israel. moses yahudi. solomon yahudi. daud yahudi. isa yahudi.

kalau mengaku islam jangan benci pendatang asing. jagan benci mat bangla. jangan benci mat myanmar. jagan benci mat nepal (zuli tak termasuk) hahaha. jangan benci warganegara malaysia selain melayu.

Zionis bukan semua yahudi. ia bukan bangsa. ia bukan agama. bukan boleh isi borang keahlian. bukan boleh bayar yuran dekat ayahanda. ia adalah fahaman. maka siapa yang berfikiran seperti zionis, dia juga tidak ada beza dengan zionis di israel walaupun dia adalah melayu.

terang-terangan kita dapat lihat zionis didukung sistem kapitalis amerika. jagan hipokrit walaupun tidak suka kita semua hidup dalam sistem yg sama di malaysia. jagna hipokrit. kita pun bertali leher dalam universiti satu kaum. belajar pun macam mana nak cari untung dalam dunia kapitalis nanti. jangan hipokrit. untung dah macam tuhan kita. duit tiang agama.

buat apa beli senjata? beli eurokopter? beli sukhoi? kata tak nak perang. kata tak suka zionis. tapi beli ssenjata dari mereka yg fahaman zionis jugak. lepas tu kita bising tak cukup universiti. tak cukup biasiswa. ptptn tu patut tak perlu pun.

sama-samalah kita cinta mencintai satu sama lain. tak perlu blonde rambut hahahahaha macam malu jadi melayu je....haahaha cakap pun mesti nak selit bahsa omputih skit walaupun berterabur...hahahaha takdelah ketuanan sangat macam tu hahahaha (maj)

Isnin, 19 Januari 2009

evolusi / revolusi baru?

hari ni, malam ni..ahad 18hb jan 09, salah satu drpd independent band telah berjaya mencipta sejarah dimana memenangi anugerah "juara lagu 23". lagu sendiri,komposer sendiri,terbitan sendiri, gitar sendiri, efek sendiri,lirik sendiri dan lain2 sendiri, xpyh nk harap org len..fmc ke,emi ke, audi mok ke,luncai mas ke, m nasir ke dan mne2 major label len yg sampah..
adakah ini 1 evolusi/revolusi baru dlm industri muzik kte?
adakah anugrah juara lagu slps ini akn ade pencalonan lgi dr indie band shj?
atw ade indie band yg ign memainkan muzik etnik keatif, balada agar sume anugrah atw kategori indie band boley sapu?
mgkin slps ini, jamal abdillah akn memakai skinny dan kasut jack parcel bersama mafla yg seakn serban?
ataw aziz satar akn bermain efek bersama man kidal memainkn lgu experimental?
ataw spider akn buat album bru, xde vokalis?
atw apekah lg yg akn berlaku?
atawpun gig2 sekitar k.l akn didominasi oley anuar zain dan akaknyer?
kemanakah faizal tahi dan sekutunye hazami akn membuat gig?
dimanakah mrk mgedarkan flyers?
atw kaburetor dung akn buat show stiap mgu di istana budaya?
ataw brader cm akn bc sajak di istana budaya mahupun scr lgsung di tv3?
mgkin juge misha omar ign berduet dgn aru republic of brickfields?
lg best, siti nurhaliza ade skandal dgn vokalis pure vibracion?
sume ni x mustahil trjadi krn muzik itu universal..


lastly, apepun yg terjadi slps ini..alai ttp memboikot israel..dan fuck major label dan akn mberi skongan padu kpd rakyat palestin..
al- fatehah utk sedare kite di sana...


dari tapai dan zito..

Isnin, 5 Januari 2009

BERITA TERGEMPAR

ZITOE SEDANG BERGYM!!!

Khamis, 1 Januari 2009

Show terakhir butterfigers

Butterfingers Istana Budaya Sessions 2009
Emmett's Farewell

Part 1 : Butterfingers Transcendence 10-year Anniversary Rock Out
Friday - 16 January 2009 - 8:30pm to 10:00pm (Standing show)

Part 2 : Butterfingers Kembali Mempersembahkan Kembali
Saturday - 17 January 2009 - 8:30pm to 10:00pm (Standing show)

Part 3 : Butterfingers 2004 - 2008 Bersantai dengan Gitar Kapok
Sunday - 18 January 2009 - 2:30pm - 4:00pm (Free seating)

Part 4 : Butterfingers 1995 - 2001 Unplugged
Saturday - 18 January 2009 - 8:30pm - 10:00pm (Free seating)


Tickets are between RM 35 - RM 45 !! Sorry la kalau mahal sikit. We will be using Istana Budaya's ticketing service. FYI. The venue is comfy, has good acoustics, is air-conditioned and perfect for top class recitals and plays. We promise good enjoyable sound and value for your money. :D

Once fliers are out, I'll post them right away here on RBF along with info regarding ticket sales and where you can get them from.

Istana Budaya has a dress code. Beware! So please take note.

Guys
- No round or V necks. Collar only
- Jeans are allowed but no torn jeans
- No slippers. Shoes only

Gals
- No shorts
- No spaghetti straps


MAX CAPACITY IS 500 PEOPLE !!!
This means that there are a finite number of tickets available.
Take head fellas.


I'd like to announce that this is our last series of performances of 2009 - 2014 with the full band line up in Malaysia.
Lepas ni Loque akan balik ke Boston. And I will going on an actuarial sabbatical for 5 years.

Oh yeah. This show will be recorded ala MTV style. So please be generous with your applause nanti. :))

Expect Butterfingers to play your favorite songs from each album every released by the band this whole month of January 2009.

Happy New Year guys.

Don't miss out.

P.S. : Please spread the word !!

Cheers.

Emmett

- dikutip dari website royalbutterfingers.net

REFORM!

kpd warga alai termasuk pak rasip, selamat thn baru..
mt maaf byk2 jika selamakita ber alai..aku telah membuat salah dan silap..
yg benar-zito..
"yaaaaam seeeeng"